Carian@Eqmal

Tuesday, March 13, 2012

KEPENTINGAN ILMU ULUM HADIS MEMELIHARA KESUCIAN HADIS DALAM KEHIDUPAN.

Rasulullah Shallallahualaihi wasallam pernah bersabda dalam satu Hadis Mutawatir yang bermaksud,

"Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. "

(H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).
Di dalam hadis ini jelas menunjukkan bahaya nya mengkhabarkan sesuatu hadis itu tanpa merujuk kepada sanad yang benar atau mengetahui adakah ia benar-benar shahih dari nabi.

Bagaimanakah kita meniti kehidupan yang setiap perbuatan serta amalan mesti berdasarkan Al Quran Dan Al Hadis. Sedangkan Al Quran itu sudah pasti kita dapat semak adakah benar ayatnya serta surahnya, bagaimana pula dengan Al Hadis? Apakah caranya yang mebolehkan kita mengetahui taraf sesuatu hadis itu dan mengamalkannya dalam kehidupan tanpa merosakkan kesucian hadis tersebut?. Ya, Ilmu Ulum Hadis memainkan peranan penting kepada pemeliharaan kesucian hadis yang bakal kita gunakan dalam kehidupan seharian. Ilmu ini juga amat penting sekali dalam memberi panduan kepada kita apakah ciri – ciri hadis yang boleh diamalkan, dan juga hadis yang tidak boleh diamalkan.
Ilmu Ulum Hadis memainkan peranan kepada kita untuk berhati – hati dalam menyampaikan satu hadis kerana terikatnya ilmu ini kepada sabda nabi yang disebutkan tadi, maka dengan mempelajari ilmu ini sudah pasti dapat memelihara kesucian hadis yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita.
Contohnya, Hadis kelebihan tarawih malam Ramadhan, kesemuanya palsu, tetapi ada sebilangan umat islam di negara ini beramal dengannya. Jika mereka mempelajari dan mendalami ilmu Ulum Hadis sudah pasti mereka akan menjumpai serta menilai kepalsuan hadis hadis kelebihan ini. Begitu juga banyak hadis hadis yang kita jumpa pada hari ini, sewajarnya kita mesti tahu apakah tarafnya, barulah kita mendapat keselesaan beribadat , kerana apa yang kita lakukan dalam ibadat tersebut, ia benar benar shahih dari Nabi Shallallahualaihi Wasallam.

Kesimpulannya , Ilmu Ulum Hadis amat penting dalam kehidupan seharian kita , kerana ia akan memelihara kesucian hadis yang kita gunakan dalam ibadat kita seharian . Hal ini kerana ditakuti apa yang kita buat menjadi sia sia kerana hadisnya palsu atau pun tiada asal. Renungkan Sabda Nabi Shallalahualaihi wasallam dalam hadis yang shahih

“Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.”
-Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sulh, hadis no: 2697.

No comments:

Post a Comment