Carian@Eqmal

Saturday, February 20, 2010

Salafi Jadian-Tuduhan Baru??

Yassir(Bukan Nama Sebenar) berkata kepada saya yang khusyuk bermain Facebook di Makmal Komputer Kolej Islam Darul Ridzuan, Ulama’ Salaf dahulu tidak mentakwil sifat Allah tetapi mengimaninya terus tanpa bertanya. Berbeza dengan Salafi Jadian sekarang yang mengambil Zahir zahir ayat tanpa merujuk Ulama’. Aduh… Statement apakah ini?? Saya Berfikir, Apakah Manhaj Pemikiran Yassir ini?

Yassir

Saya mengenali dia sejak semester satu, beliau mengambil jurusan yang kurang orang ambil, Yassir seorang pendengar yang baik, boleh dikatakan penerima dakwah Salafiyyah pertama saya, apabila mendengar kata kata beliau ini, terkejut saya, mungkin salah saya tidak meneruskan dakwah kepadanya. Hanya sekadar member sedikit dan menyuruhnya mencari yang seterusnya. Namun tidaklah terkejut saya ini berterusan apabila mengetahui siapa sahabat Yassir ini Iaitu pelajar pelajar yang baru belajar tentang hukum hukum dan baru mempelajari cara melawan hujah iaitu dengan menggunakan fitnah dan bukannya ILMU.

Salafi Jadian

Nama baru selepas Wahhabi, dengan terpacul perkataan ini bermakna selama ini mereka menolak manhaj Salafussoleh dan baru hari ini mereka boleh menerima tetapi kerana masih tidak boleh menerima kebenaran yang terlalu pahit, mereka gelar pula pengikut Salaf sekarang ialah SALAFI JADIAN.Na’uzubillah amat lekeh cara berfikir mereka.Salaf tidak mentakwil sifat Allah, Begitu juga kami, Salaf mengimaninya, Kami juga begitu, Salaf tidak menyerupakan Allah dengan makhluk, Kami juga begitu… Tetapi tidak habis habis mereka cuba untuk merendah rendahkan kami. Memalukan kami dengan nama yang bukan kami beri, Wahhabi, Salafi jadian, Mujassimah dan sebagainya. Tertanya tanya juga selepas ini apa?

Mazhab Az Zohiri((الظاهيري

Dalam Teks pelajaran Tarikh Tasyri’ disebut adanya Mazhab yang tidak terkenal atau kurangnya pengikut, antaranya Mazhab Az Zohiri((الظاهيري.Metodenya ialah menggunakan zahir zahir ayat sahaja.Ingin saya bertanya Yassir dan sahabatnya, apakah mazhab ini mazhab salafi jadian??

Membisu

Ketika asyik menerangkan sifat Allah ini Yassir mencelah dengan membawa kata kata imam Malik R.A. Istiwa (antara sifat Allah) itu maklum(diketahui),Cara Istiwa bagi Allah itu Majhul(tidak diketahui) tetapi mengimaninya pula wajib dan bertanya pula Bid’ah.. Saya pula membidas, adakah akhi bertanya atau mentakwil cara istiwa itu? Dia menjawab, YA. Nah lihat dan renungilah kata kata Imam Malik itu pula. Yassir terus membisu dan saya terus melayari Internet tanpa gangguan.

Friday, February 12, 2010

Exco Kroni!??

Bismillahhirrahmanirrahim....

Pada mulanya saya tidaklah terasa apabila terdapat sindiran dari senior dan laporan dari rakan rakan yang mengatakan kami exco asrama hanya mengambil kroni sebagai AJK. Tetapi dari hari ke hari saya tengok tuduhan ini amatlah menjijikkan dan melampau, yang lebih menyedihkan ia bukan datang dari pelajar asrama kebanyakannya tapi pelajar luar, saya amat terharu dengan keprihatinan mereka terhadap asrama, tetapi ia macam seperti kurang bijak dan kebudak budakkan sahaja. Saudara yang menuduh, lihatlah carta organisasi kami, kami di pihak kesiswa tidak memilih pun siapa yang mahu menjadi AJK kami, kami mengambil pelajar yang sesuai berdasarkan jawatannya, itu bukan kroni, tapi saya tak tahu la kalau anda sendiri tidak faham maksud kroni dan kesesuaian. Anda sebagai pelajar sepatutnya lebih terbuka dalam hal ini, kami tidak pun sempat menabur budi sudah di keji , apakah saudara tidak berhati perut? saudara , semasa pertandingan merebut jawatan, saudara tidak pun menghantar borang untuk bertanding, tup tup bila dah menang tanpa bertanding , kata pihak ini tak layak jadi MPP la,tak bagus la, ape la, .... Saya cuma berharap la jika saudara ada yang tak puas hati berjumpa lah dengan kami suarakan depan depan jangan seperti tikus... pengecut, penakut, ... dahla bertanding pun tak nak , lepas tu berlagak macam bagus sangat....

Satu lagi, berkenaan dengan Exco2 kami, anda nilailah dengan adil, kami dah memilih yang terbaik untuk anda, Jika anda tak puas hati, datang lah berjumpa saya sendiri atau Ketua Asrama , Saudara Fateh Haniff.... Sekian

Abdul Hadi Akmal Bin Khairol Nizam(012 503 2477)
Timbalan Ketua Asrama II,
Kediaman Siswa,
Kolej Islam Darul Ridzuan.