Carian@Eqmal

Saturday, March 6, 2010

Rintihan Dalam Tautan Kasih

Kerana Allah kita mencintai kerana dia juga kita membenci.Disini ingin ku titipkan pesanan buat Sang Hamdi yang memegang watak utama dalam novel Rintihan dalam Tautan Kasih.Pesanan ini sebelum 'Kematian' Hamdi.

Hamdi, Ai'sya tidak memilihmu kerana dia menganggap kau seorang abang yang bisa melindungi mu, tetapi kau mengkhianatinya dengan meluahkan isi hatimu, saat A'isya difitnah kau juga terluka tetapi adakah ia bisa menebus segalanya. Adakah salahmu atau salah Ai'sya sendiri yang gagal mengawal pergaulannya lantaran terlalu mesra denganmu? Kau tidak bisa menjawabnya , semua ditangan Ai'sya. Menjadi mangsa fitnah memutuskan hubungan dengan kekasihmu yang terdahulu amat menyakiti Ai'sya. Kini kau cuba menasihatinya agar tidak melakukan yang sama, adakah Ai'sya mendengarnya? Tidak, dia takkan mendengarnya, dia terlalu ego untuk mengakuinya, tetapi kau pula terlalu bodoh membiarkan segalanya.

Kau mencintai Ai'sya melebihi segalanya, tetapi pernahkah dia mempedulikannya? Tidak pernah pun dia peduli kerna kau bukan dihatinya, Kau memilih jalan derita untuk terus mengharapkan cinta darinya. Kau tetap menanti nanti berita darinya tanpa kau sedar dia telah mencari abang yang baru, yang bisa membuatnya tersenyum, tidak sepertimu yang membuat dia gelisah lantaran emosi mu, pernah kah kau menyedari Hamdi?

Hamdi, kau memberi alasan kau menyayanginya, tetapi kau tak menyedari ia tak berbalas, Ai'sya ego, takkan mudah ia jatuh kepadamu, sampai bila kau harus menyeksa dirimu Hamdi?

apabila tiba 'Kematianmu' pun dia tetap takkan memandangmu, Ai'sya takkan mendengar segala nasihatmu, Dia pasti mengulangi kesilapan lamanya, Kini kau telah tiada, pasti Ai'sya tersenyum puas melihat dirimu telah pergi. Dan kau terus tersenyum seperti tidak berperasaan. Itulah kau , Hamdi.

Ai'sya , Inginku berpesan andai suatu hari kau menyedari, jangan kau tangisi kepergian Hamdi. Dia takkan kembali, dia telah mati.

Ai'sya , pernahkah kau menghiraukan orang yang menyayangimu?
Jawab soalan ku ini. Hamdi amat terseksa jiwa dan raganya.

No comments:

Post a Comment