Carian@Eqmal

Friday, February 12, 2010

Exco Kroni!??

Bismillahhirrahmanirrahim....

Pada mulanya saya tidaklah terasa apabila terdapat sindiran dari senior dan laporan dari rakan rakan yang mengatakan kami exco asrama hanya mengambil kroni sebagai AJK. Tetapi dari hari ke hari saya tengok tuduhan ini amatlah menjijikkan dan melampau, yang lebih menyedihkan ia bukan datang dari pelajar asrama kebanyakannya tapi pelajar luar, saya amat terharu dengan keprihatinan mereka terhadap asrama, tetapi ia macam seperti kurang bijak dan kebudak budakkan sahaja. Saudara yang menuduh, lihatlah carta organisasi kami, kami di pihak kesiswa tidak memilih pun siapa yang mahu menjadi AJK kami, kami mengambil pelajar yang sesuai berdasarkan jawatannya, itu bukan kroni, tapi saya tak tahu la kalau anda sendiri tidak faham maksud kroni dan kesesuaian. Anda sebagai pelajar sepatutnya lebih terbuka dalam hal ini, kami tidak pun sempat menabur budi sudah di keji , apakah saudara tidak berhati perut? saudara , semasa pertandingan merebut jawatan, saudara tidak pun menghantar borang untuk bertanding, tup tup bila dah menang tanpa bertanding , kata pihak ini tak layak jadi MPP la,tak bagus la, ape la, .... Saya cuma berharap la jika saudara ada yang tak puas hati berjumpa lah dengan kami suarakan depan depan jangan seperti tikus... pengecut, penakut, ... dahla bertanding pun tak nak , lepas tu berlagak macam bagus sangat....

Satu lagi, berkenaan dengan Exco2 kami, anda nilailah dengan adil, kami dah memilih yang terbaik untuk anda, Jika anda tak puas hati, datang lah berjumpa saya sendiri atau Ketua Asrama , Saudara Fateh Haniff.... Sekian

Abdul Hadi Akmal Bin Khairol Nizam(012 503 2477)
Timbalan Ketua Asrama II,
Kediaman Siswa,
Kolej Islam Darul Ridzuan.

No comments:

Post a Comment