Carian@Eqmal

Friday, December 11, 2009

Kesan Tahyul Dan Hantu

Macam manalah agaknya generasi akan datang ya? Kalau setiap hari di siaran TV disogokkan dengan pelbagai rancangan yang berunsurkan seram, hantu dan tahyul. Bagaimana generasi akan datang mencorakkan perilaku mereka sedangkan asas yang ditanamkan oleh media saban hari seronok dengan kisah-kisah yang bercorak karut marut.

Sepatutnya media massa dan elektronik menjadikan amanah yang telah diberikan oleh pihak yang berwajib itu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mentarbiyah generasi kini. Peluang itu tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya, rugi-rugi. Bukanlah nak jadi pemantau kepada rancangan TV, tetapi bila diteliti setiap minggu ada saja rancangan yang mengandungi unsur tahyul dan hantu. Malahan ada pihak-pihak yang rasa seronok, selesa dan ada yang berbangga dengan tersiar atau terbitnya filem berunsurkan tahyul dan seram tersebut.

Apakah langkah yang harus diambil bagi menjayakan gagasan modal insan yang dilaung-laungkan akan menjadi kenyataan. Ingatlah bahawa dengan generasi yang berkualiti saja akan menjadikan Negara dan masyarakat bertamadun. Ibubapa juga berperanan mendidik anak-anak agar terus membesar dalam keadaan normal. Usah dimomokkan dengan pelbagai perkataan yang antaranya “adik! Kenapa main dalam gelap tu nanti kena sorok hantu.”dan “dekat belakang adik ada hantu” serta sebagainya. Kadang-kadang gurauan secara sepontan yang keluar dari mulut ibubapa mengandungi ayat yang boleh menjejaskan tumbesaran anak. Bukannya apa kesan secara tidak langsung akan memberi satu kesan yang sangat lama tau. Anak-anak kita jadi pengecut dan akan percaya dengan perkara-perkata tahyul atau yang bukan-bukan. Oleh itu marilah sama-sama kita ubah dan berusaha agar kata-kata kita terhadap anak mempunyai unsur tarbiyyah.

Walau bagaimanapun, kita sebagai organisasi yang dipertanggungjawabkan usah meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak ini semata-mata kepada ibubapa saja, semua lapisan masyarakat juga turut sama mendidik atau mentarbiyyahkan minda serta akhlak anak-anak kita. Dengan adanya masyarakat yang perihatin terhadap yang lain, insya-Allah secara tidak langsung akan terserlah “Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur”.

http://chivalry-tranquillity.blogspot.com/2009/03/kesan-tahyul-dan-hantu.html

No comments:

Post a Comment