Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih
Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih
Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....
Kasih Kembali Bertaut Dipayungi Rahmat Ilahi Diiringi Cinta Hakiki Menerusi Manhaj Salafi...
Carian@Eqmal
Wednesday, November 25, 2009
Monday, November 23, 2009
Sahabat...
Kadang kadang kite melenting bila ditegur,, kite x sedar yg menegur tu sygkan kite,, nak kite berubah... Apabila sahabat ini membuat dirinya dihina, sahabat yg lain pasti merasa penghinaan itu.. Tapi pernah ke sahabat itu merasa sahabatnya ini terasa atas penghinaan atasnya,,, Sahabat, ingatlah, ketika kau bersendiri.. sahabat pasti dtg menemani... hmmmm
Wednesday, November 18, 2009
komen>> marah??
macam2 org ckp kat saya pasal posting saya tu(marah??)... tak pe la kalau xleh terima..tp nilai2 la diri tu ye... sepanjang saya jadi exco xpenah plak saya tgk pengarah program jenis arah2 x tentu hala!!Alhamdulillah sepanjang program kmi berjaya... apakah mereka2 ni xtahu nk menjaddi org yg matang dalam menjalankan tugas??adakah anda ni seorg kanak2?? remaja sek menengah?? Anda menjadi ajk dalam satu program sekadar nak dapat nama?? mana keikhlasan anda?? apa yg anda dpt kalau buat camtu??? Ingatlah syirik khafi!! syirik kecil iaitu ujub, takbur, bangga diri!! tak takutkah kmu wahai AHLI PELAKSANA PROGRAM!!!!!! Ingatlah!! Betulkan niat kmu!!!
Wallahutaala A'lam...
Wallahutaala A'lam...
Tuesday, November 17, 2009
marah??
bukan nak marah tapi nk gtau je... kite ni kalau reti nk mengarah je, kje xreti nak buat jgn jadi ketua, jgn masuk organisasi...last2 ank buah jugak kne,,, geram pun ada,,, amek tugas utk nama dia naik je,,, ape la punya org,,,,, pemimpin macam ni siap sedia la utk bertanggungjawab... di akhirat..hmmmmmmm...lg satu anak2 buah ni.. kalau la asyik menyuruh org lain je baik jgn amek tugas tu!! ni x,, nak berbangga je!! pastu soh org lain buat!! ape ni!! xberkat la program kalau macam ni!!!pening la!! ni nak pesan kepada semua yg buat keje tu!! jgn asyik nak bergantung org kalau da diberi tanggungjawab!!!hmmmm!! tu je nk cakap!sape terasa padan muka!!!kate je kolej islam tugas lari!!!Cepat2 bertaubat!!!!!
Sunday, November 15, 2009
Sahabat....
Maafkan Atas Silapku jika meminggirkan mu...
ketahuilah tidak sedikit pun aku berniat ...
kasih syg ku pada mu sahabat tidak akan pudar..
akan ku ingati segala kenangan bersamamu...
walau bercerai jasad dan nyawaku...
duhai sahabat...
dengarkan bicara hati ini...
meski kita akan terpisah nanti...
namun..
takkan ku lupa kenangan bersama.. walau tempohnya ..
terlalu singkat....
kita akan tetap bersama jika diizinkannya... di akhirat nanti...
Aku pasti...
kita akan bertemu...
Sahabat...
Maafkan salah silapku...
yg selalu mementing diri..
yg menjadi sumber kemarahanmu..
akan ku ingat kata2 mu....
terima kasih sahabat...
Akhir kata..
Maafkan Aku.....
Eqmal hadi-4:17 PM 15 November 2009

Saturday, November 14, 2009
Takut Hantu Wahabi!
Ada beberapa orang mencadangkan agar saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang akvitis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya dalam kolum di bawah saya ini.
Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh ‘syeikh’ mereka tanpa bertanya lagi dalilnya.
Namun persoalan yang besar yang sering ditimbulkan ‘siapakah Ahlus Sunnah wal Jama’ah?”. Oleh kerana jenama ini begitu laku, bahkan ia juga sering dijadikan senjata, maka banyak pihak mengistiharkan jenama ini milik mutlak mereka dan sesiapa yang menentang mereka bererti terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka ini mengingatkan kita kepada Napoleon Banaparte yang berkata: “I am France and France is me”.
Maka ramailah orang mendakwa Ahlus Sunnah wal Jama’ah, walaupun jika ditanya mereka apakah itu Ahlus Sunnah wal Jama’ah mereka meraba dan terpinga mencari jawapannya. Atau jika diberikan jawapan, ia mempunyai kepentingan yang tersendiri.
gambar hiasan
Sehingga kelompok tarekat yang sering mencetuskan dakwaan berbagai-bagai termasuk konsep ‘wahdatul ujud’ (kesatuan tuhan dengan makhluk) yang dilaungkan oleh Ibn ‘Arabi juga mendakwa mereka Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Lebih sedih lagi, ada yang mendakwa “Ahlus Sunnah hanya yang ikut mazhab Syafi’e”. Kalau demikian, habislah terkeluar imam-imam lain seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah!.
Sehinggakan mereka yang tidak qunut pun dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Maka barangkali tiga perempat dari umat Islam ini terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Padahal istilah Sunnah di sini merujuk Sunnah Nabi s.a.w yang merangkumi penghayatan al-Quran dan sunnah, maka ahli sunnah ialah mereka yang menghayati hakikat ini. Sementara perkataan jama’ah merujuk kepada para sahabat Nabi s.a.w dalam ertikata lain menghayati al-Quran dan Sunnah seiring dengan jalan yang ditunjukkan oleh generasi agung Islam iaitu para sahabat. Sesiapa yang yakin bahawa al-Quran dan Sunnah adalah pegangan mereka sementara penghayatan para sahabah adalah panduan mereka, maka mereka adalah Ahlus sunnah wal Jama’ah (lihat: al-Mausu’at al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al-Mu’asarah, 40-54, WAMY).
Maka dengan itu berbagai mazhab fekah sekalipun ada perbezaan pandangan mereka tidak dikeluarkan dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Ini seperti kata ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (wafat 429H): “Maka termasuk dalam golongan ini mereka yang mengikut al-Imam Malik, al-Imam Syafi’i, al-Auza’i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, Ahmad bin Hanbal, Ahli Zahir dan sekelian yang beriktikad dalam bab yang menggunakan akal berdasarkan prinsip-prinsip tauhid sifat. Mereka tidak mencampur-adukkan sedikit pun dengan bida’ah ahli hawa nafsu dan sesat” (al-Baghdadi, al-Farq bain al-Firaq, m.s 314-315, Beirut: Dar al-Ma’rifah).
Jika kita lihat di sini, Mazhab Zahiri yang hanya berpegang kepada zahir nas sahaja dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah, apakah tidak qunut, letak tangan atas dada ketika solat, tidak berwirid beramai-ramai selepas selepas solat terkeluar dari Ahlus Sunnah?!
Lihatlah, wakil JAIS dalam temubual Utusan menyebut antara ciri sesat itu mereka yang membicarakan pecahan tauhid kepada Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma dan Sifat. Namun dalam ciri-ciri Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang dikeluarkan oleh WAMY, bahkan sukatan UIA, sukatan sekolah negara kita dan kebanyakan universiti di dunia ini, itulah ciri manhaj kefahaman tauhid Ahlus Sunnah yang diajar.
Sejak saya sekolah rendah, dalam usrah, dalam buku akidah Presiden PAS, dalam buku sekolah Kerajaan UMNO dan di negara-negara Arab, di UK, US dan Eropah itulah bentuk perbahasan akidah Ahlus Sunnah yang diajar.
Hari ini wakil JAIS dalam temubualnya dengan Utusan menyatakan itu bukan akidah akidah Ahlus Sunnah bahkan dikaitkan dengan akidah penyembah berhala. Akhirnya, dikaitkan dengan wahabi. Kalau begitu telah lamalah kita semua wahabi.
Saya amat dukacita, jika golongan agama itu suka menjadikan senjata kafir mengkafir, sesat menyesat sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan dan diri, akhirnya umat yang musnah. Izinkan sekali lagi saya menyebut perkataan Prof Hamka: “Kadang-kala dikatakan Kaum Muda tidak hormat kepada ulama. Padahal yang mereka katakan ulama itu bukanlah Imam Malik atau Imam Syafie, tetapi beberapa pegawai kerajaan yang memakai serban dan jubah. Dan beliau pun merasakan dirinya ulama kerana pada tangannya sudah ada surat tauliah”. (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s. 66).
Daripada cerita tauliah pergi ke cerita wahabi. Setiap yang berbeza pendapat dengan mereka yang memegang kuasa agama dilebelkan wahabi.
gambar hiasan
Minggu lepas Pengarah Jais menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid kerana mereka bagaikan wanita haid. Dalam keadaan ramai bukan muslim salah faham terhadap Islam, fatwa seperti ini dikeluarkan.
Padahal pada zaman Nabi s.a.w para perwakilan muslim dan bukan muslim samada Yahudi, Kristian dan selain mereka masuk berjumpa Nabi s.a.w dalam masjid. Mereka memahami Islam dari masjid dan berurusan dengan kerajaan Islam dalam masjid. Ini disebut dalam banyak hadis.
Jika Pengarah JAIS itu memilih pendapat yang saya anggap tidak kukuh dan merugikan Islam di Malaysia dan saya memilih pendapat para ulama yang menyatakan bukan muslim boleh masuk ke masjid jika ada keperluan, adakah saya telah menjadi wahabi dan sesat? Apakah pula jika satu hari Allah takdirkan saya berada di tampok kuasa, maka pendapat beliau pula akan dihukum wahabi dan sesat?! Rosaklah agama jika menjadi mainan hawa nafsu dan kepentingan!
Saya bukan peminat karangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1115H). Saya suka dengan Dr Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan jiwanya begitu dekat Ibn Taimiyyah (meninggal 728H). Begitulah juga saya. Namun saya sama sekali tidak dapat menerima tabiat suka mengkafir dan menyesatkan tokoh ilmuwan seperti yang berlaku sekarang ini. Jika saya tidak bermazhab Maliki, saya tetap membantah mereka yang menghina al-Imam Malik bin Anas, kerana seorang muslim wajib membela muslim lain yang dizalimi, apatah lagi tokoh ilmuwan.
Sekalipun saya bukan pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, saya tetap tidak akan mengizinkan beliau dicerca, dikafirkan dan dihina. Apatahlagi, kesannya besar. Mereka yang membangkitkan isu kafir dan sesat wahabi ini akan mengheret Negara Arab Saudi secara khusus dan beberapa negara Arab lain sebagai sesat dan mungkin kafir. Mereka ini ada agenda yang tersendiri, yang berpusat di Lubnan dan ada agen-agennya sudah sampai ke negara ini. Rancangan menghidupkan kafir mengkafir sesama umat. Ini akan dihuraikan dalam tulisan akan datang.
Baru-baru ini UIA meraikan kedatangan tokoh ilmuwan terkenal ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki , Setiausaha Agung, Muslim World League dalam International Conference on Jurisprudence of Minorities in the Light of Maqasid al-Shariah.
Tokoh ini dalam tulisannya Mujmal I’tikad Aimmah al-Salaf memuji akidah dan perjuangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, antaranya beliau menyebut: “Berterusanlah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan bersinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat” (m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah).
Dr Yusuf al-Qaradawi
Dr Yusuf al-Qaradawi juga menyebut dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: « Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah).
Dr Wahhab al-Zuhaili
Seorang lagi tokoh fekah yang terkenal di zaman ini, yang banyak pandangannya dirujuk, Dr Wahhab al-Zuhaili menyebut : “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung
(maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85)
, bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).
Sekali lagi, seperti yang pernah saya tanya dahulu, apakah mereka semuanya wahabi kerana memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Apakah mereka jika berceramah di negara ini akan ditanggap kerana tiada tauliah dan tauliah pun tidak boleh diberikan kepada mereka kerana mereka ada unsur wahabi ?!
Dalam sejarah, akibat permainan golongan agama seperti ini al-Imam Ahmad bin Hanbal pernah dijatuhkan hukuman oleh ulama pemerintah pada zamannya, al-Imam al-Bukhari juga sama. Wahabi telah menjelma bagaikan istilah hantu yang digunakan oleh orang tua-tua dulu untuk menakutkan budak-budak.
Maka, tidak pentinglah samada hantu itu wujud atau tidak di situ, tidaklah penting samada orang tua-tua itu pernah melihatnya atau tidak, tidaklah penting apa rupanya, yang penting kanak-kanak menjadi takut dan orang tua-tua dapat duduk selesa bersembang di meja kopi dengan gelak ketawa sampai ke pagi.
Dr Asri Zainul Abidin.

Halawatul Ukhwah....
Alhamdulillah..walaupun ada masalah teknikal program dpt jgak smbutan... erm harap lepas ni bdak2 dpt bg komitmen lg.. jgn nak memerap je dalam bilik..hmmm....penat2 je pinjam speaker besar tp bkn leh guna .. ape la.. camtu la pentadbiran hampeh!... erm minggu depan farid punya program lak Jungle Trecking...........
tunggu la......
tunggu la......
Friday, November 13, 2009
program
Esok Exco Asrama Akan mengadakan satu program yg bertajuk 'Halawatul Ukhuwwahh'...
MC nye Saudara Muhammad Zahir..
Pengarah Program Fateh Haniff
Timb. 1 Hadi Akmal
Timb. 2 Atikah Ahmad
yang seterusnya aku tak tau....hahahahahahahahahah
Erm Semua Pelajar Asrama Diwajibkan.. Kalau Tak dtg siapla......
heheheheh... Esok Mula 4 Pagi Qiamullail Kat masjid Kisdar
Diikuti kuliah subuh
pastu senaman bersama Exco sukan Farid
Seterusnya sarapan bersama Abg Azmi
dan Gotong Royong bersama Saudara Fateh Haniff
ha jgn ada yg memonteng!!!
Saudara Shahril dan Saudari Anis Munira akan melihat siapa yg ponteng!!!
Dan exco Pulisiti Zahir Dan Kak Ain akan menangkap Gambar.............
abesla korg!!!!!!!!!
ok tu jeeee...
Kasih Kembali Bertaut Dipayungi Rahmat Ilahi Diiringi Cinta Hakiki Menerusi Manhaj Salafi..

Thursday, November 12, 2009
teringat...
Hmmm manusia ni bila dia yg wat silap x penah pun nak mengiyakan salah dia.. tapi bila salah org mula la nak jd penjatuh hukum.. manusia ni x sempurna tapi jgn la kerana x sempurna dijadikan alan utk mencacatkan lagi... pelik2.... ntah la... kdg2 kita lupa Allah juga menguji kita dgn benda yg kita x suka... Ingatla.. Benci berpada 2.. sayang pun sama.....
Jumaat....
Jumaat dtg lagi...
hmmmmm..teringat dulu masa nak solat jumaat main2 tepi masjid.. bila iqamah je baru nak pi dlm masjid.. masa tu lari2 tiba2 terjatuh dpan abah lak tu x pasal2 kne sebat balik tu,,hahahahahah ok la da azan nak pi solat... sekian...

Subscribe to:
Posts (Atom)